Cari maklumat di sini

Google
 

Sunday, October 5, 2014

Manfaat Kesihatan Dari Buah Malberi

Nutrien dalam buah malberi mengandungi manfaat untuk kesihatan tubuh. ‎Antaranya:

Anti-oksidan 
Anthocyanin adalah jenis anti-oksidan yang sangat berkesan (juga banyak terdapat dalam beras pulut/ketan hitam). Beberapa kajian sains, juga kajian-kajian yang dibiayai oleh 'National Center for Complementary and Alternative Medicine' dan 'National Cancer Institute' khusus keatas buah malberi, mendapati permakanan malberi (dari anthocyanin) berpotensi sebagai anti-kanser, anti-keradangan, anti penyakit jantung, anti kencing manis, anti-jangkitan penyakit, anti-penuaan dan anti-kemerosotan otak. Ia juga mengutuhkan sistem kekebalan tubuh.

Resveratrol adalah nutrien phyto (juga banyak terdapat dalam anggur) yang berkesan bagi mencegah rebakan kanser. Ia juga didapati melindungi dari strok melalui ubahsuai mekanisma molekeul dalam saluran darah, mengurangkan aktiviti angiotensin (hormon yang menyebabkan penguncupan saluran darah dan menambah tekanan darah tinggi), menambah penghasilan hormon vasodilator (nitric oxide) yang memberi isyarat perhubungan dikalangan sel-sel, dengan demikian mengurangkan kerosakan pada saluran darah. Resveratrol juga berkesan sebagai anti-penuaan.

Lutein, zeaxanthin, ß-carotene dan α-carotene.
Bahan-bahan ini membantu melindungi tubuh dari kerosakan akibat dari radikal bebas, dan dari proses penuaan. Zeaxanthin, sejenis karotenoid, yang diserap oleh retina mata (macula lutea) merupakan anti-oksidan dan melindungi retina dalam proses penapisan cahaya kedalam mata.‎

Peredaran Darah 
Buah malberi membantu mempertingkat pengaliran darah keseluruh tubuh, merendahkan tekanan darah, mengurangkan risiko pembekuan darah dan strok. Demikian menurut satu lapuran dalam "American Journal of Clinical Nutrition, 2008." ‎
Kandungan zat besi yang terdapat didalam buah malberi boleh membantu pesakit anemia.

Perubatan Tradisional 
Perubatan tradisional Cina - buah malberi dianggap sebagai tonik darah, dapat mencuci dan menambah darah, mencuci organ hati dari keracunan, menguat dan menyihatkan ginjal, mempertajam pendengaran dan penglihatan, dan menguatkan seluruh anggota tubuh.
Perubatan tradisional Turki - merawat sembelit, dan jangkitan selsema.
Beberapa negara mempercayai buah malberi berkesan merawat rambut beruban.


Jom Tanam Mulberry !!!
Sumber : http://dharmakesuma.blogspot.com/2014/03/ada-apa-pada-malberimulberry.html

No comments:

Post a Comment