Cari maklumat di sini

Google
 

Thursday, December 22, 2011

Bagaimana Cara Ternakkan Ulat Sutera China Dipopularkan ke Negara Barat

Menurut dongeng, cara penternakan ulat sutera China diajarkan oleh permaisuri Leizu, raja Huangdi pada lebih 5000 tahun yang lalu. Antara tulisan yang terukir pada kulit kura-kura yang dijumpai di China sudah ada tulisan tentang ulat sutera, pokok mulberi dan sutera. Dalam antologi China pertama iaitu “Shi Jing” ada sebuah puisi tentang memetik daun pokok mulberi untuk menternakkan ulat sutera. Kandungan utama puisi itu adalah cuaca cerah pada musim bunga, burung menyanyi, gadis ambil paskit berjalan di jalan yang sempit, beliau pergi memetik daun pokok mulberi. Puisi ini telah membuktikan China telah menguasai teknologi menternakkan ulat sutera dan menenun kain sutera.

Pada Dinasti Xihan, selepas pegawai Zhang Qian berutus ke kawasan barat, kawasan Asia Tengah Sekarang, barangan sutera China telah diangkut ke Eropah. Warga negara barat ketika melihat kain sutera yang licin itu, dianggap sebagai barangan amat berharga dan masing-masing membelinya. Difahamkan, raja Caesar Empayar Rom pernah memakai jubah yang dibuat daripada sutera China untuk menonton persembahan, jubahnya telah menyimbulkan keributan di teater itu. Columbus pernah berkata kepada anak kapal bahawa siapa mendapati tanah terlebih daluha akan dihadiahkan sebuah baju sutera. Akan tetapi, harga sutera sangat mahal seperti emas, Empayar Rom telah muncul defisit kewangan kerana mengimport sutera yang mahal. Maka, suruhan yang melarang menjual dan memakai pakaian sutera China telah dikeluarkan, akan tetapi ia telah ditentang keras oleh bangsawan yang suka sutera China, pada akhirnya, suruhan tersebut terpaksa dibatalkan oleh Empayar Rom.

Pada mulanya, warga negara Eropah tidak tahu sutera China bagaimana dikeluarkan, mereka menganggap benang sutera diambil dari pokok. Selepas diketahui kain sutera ditenun dengan benang sutera yang dikeluarkan daripada ulat sutera, mereka telah berazam belajar teknologi itu.

Pada abad ke-6, raja Empayar Rom telah memangkil seorang mubaligh yang pernah ke China, mesyuruh dia mencuri teknologi menternakkan ulat sutera. Mubaligh itu datang ke provinsi Yunan China, mengetahui pokok mulberi ditanam dengan benih mulberi, ulat sutera adalah telur ulat sutera ditetaskan selama seminggu pada musim bunga, selepas anak ulat sutera ditetaskan, menternakkannya dengan daun mulberi, ulat sutera akan memutar sutera. Mubaligh itu diketahui perkara tersebut telah menculik beberapa telur ulat sutera dan benih mulberi dan kembalik ke negaranya. Akan tetapi, Mubaligh telah keliru kedua-dua barangan itu, beliau telah menanam telur ulat sutera dan menetaskan benih mulberi, tidak berhasil. Kemudian, raja Empayar Rom telah menghantar dua Mubaligh lagi ke China untuk menculik cara penternakan ulat sutera. Kedua-dua Mubaligh telah menerima ajaran dan mengingati cara penanaman dan penetasan dengan baik, menyimpan telur ulat sutera dan benih mulberi dalam tongkat dan mengambil balik ke Rom. Sejak itu, teknologi penternakan ulat sutera dipopularkan di negara Barat.



Tentang perkataan lain tentang teknologi penternakan ulat sutera China diedarkan di negara barat dari buku “cacatan kawasan barat di Dinasti Tang” yang ditulis oleh sami Xuanzang. Buku itu menceritakan bahawa di kawasan barat ada negara kecil yang dinamakan Qu Sa Dan Na hendak mendapat teknologi penternakan ulat sutera, mereka meminta negara “Dong Guo” mengajar mereka akan tetapi ditolak bahkan meningkatkan peperiksaan di pintu keluar masuk, mencegah telur ulat sutera dan benih mulberi diedarkan ke negara lain. Menurut penyelidikan sarjana, negara “Dong Guo” ialah negara Beiwei. Raja negara Qu Sa Dan Na selepas ditolak telah meminta berkahwin dengan puteri negara Dong Guo, raja negara Dong Guo bersetuju. Sebelum upacara perkahwinan diadakan, raja Qu Sa Dan Na menghantar utusannya memberitahu puteri, meminta beliau mengambil beberapa telur ulat sutera dan benih mulberi. Puteri itu telah menerima permintaan itu, sebelum meninggalkan negara Dong Guo, puteri itu telah menyimpan telur ulat sutera dan benih mulberi dalam topinya. Ketika keluar dari negara Dong Guo, para pegawai telah memeriksa semua barangan puteri tetapi tidak berani memeriksa topinya. Jadi, telur ulat sutera dan benih mulberi dibawa ke negara Qu Sa Dan Na, kemudian diederkan ke negara barat.

Catatan Xuan Zang itu dibuktikan oleh sebuah lukisan di Xinjiang yang didapati oleh seorang penjelajah warga Hangari. Di tengah lukisan itu ada seorang wanita memakai pakaian yang mewah dan kepalanya ada topi, di sebelah kiri dan kanan ada 2 orang pembantu, pembantu di sebelah kiri tangannya menunjukkan topi wanita itu. Wanita itu ialah puteri negara Dong Guo yang mengedar benih mulberi dan telur ulat sutera ke negara barat.
Sumber:http://malay.cri.cn/chinaabc/chapter14/chapter140506.htm

No comments:

Post a Comment