Cari maklumat di sini

Google
 

Wednesday, July 21, 2010

Rahsia dan Khasiat Pokok Malberi

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan penternak sekalian berkaitan dengan pokok Malberi atau dalam B.Inggeris Mulberry atau saintifik Morus Alba. Dahulu pokok ini di bawa ke Malaysia untuk projek Ulat Sutera Di Terengganu. Pokok Malberi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiatnya tersendiri bukan sahaja untuk ternakan tetapi juga untuk manusia. Tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional negeri Cina sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini boleh dimanfaatkan.Buahnya ynag masak dibuat jem atau dimakan mentah, daunnya dijadikan teh, batang serta akar dijadikan rebusan untuk diminum.Khasiatnya yang paling popular dalam formulasi tradisional ialah mengelakkan kencing manis, mengurangkan tekanan darah tinggi serta mengunragkan kolesterol dalam darah. Apa yang ingin saya nyatakan di sini bahawa kandungan protein yang ada pada daun mulberi ini amat tinggi iaitu 21.2% dan boleh diberikan kepada semua jenis ternakan seperti Lembu, Kambing, Rusa, Arnab dll. Saya amat mencadangkan agar penternak sekalian menanam pokok ini bagi memperbanyakkan sumber hijau yang amat perlu ke atas haiwan ternakan kita di samping dengan pelbagai jenis rumput napier lain seperti India,Taiwan dll. Dengan ini ternakan tersebut mempunyai kepelbagaian sumber hijau yang ada dan seterusnya dapat mengurangkan penggunaan pelet dan seterusnya mengurangkan lagi kos operasi kita seharian. Cara penanamannya pun amat mudah dimana just potong keratan batang yang telah tua (berwarna coklat) lebih kurang 5-6 inci (pastikan mata tunas tidak rosak) kemudian tusukkan serong (tegak pun boleh,ikut suka) ke dalam tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (boleh juga gunakan penggalak akar jika ada duit lebih). Kemudian pastikan pada peringkat permulaan perlu disiram atau mesti kena air sentiasa bagi mempercepatkan proses percambahan/pembentukan tunas (mengambil masa 3-5 hari untuk bercambah bergantung penjagaan). Dah besar tak perlu siram lagi cukup air hujan je.Boleh juga guna apa-apa baja organik yang murah2 . Gambar di bawah Anak pokok Malberi dalam polibag lebih kurang 2-4 minggu seperti : Pokok Ini mulai berbuah dalam umur 3-4 minggu syarat mesti trim daunnya. Gambar di bawah ni pokok dah berusia 1 tahun dan telah berbuah lebat, tingginya sekarang telah mencecah lebih kurang rumah satu tingkat.
Tips : Kalau ingin berbuah cepat dan lebat pastikan daun mesti di trim selalu dan baja yang cukup (macam pokok anggurlah) so daun yang kita buang tu bagilah kat ternakan kita, jangan buang macam tu je..rugi ooo.
Kalau nak datang tengok pokok yang besar ni bolehlah datang ke lokasi di Sg. Buloh ye atau call je 0192272127.
Konsep yang saya perkenalkan sekarang: '1 Malberi 1 Rumah' Boleh ditanam dalam pasu, penat2 boleh makan.

10 comments:

  1. saya nak tempah keratan mulberry. 1)yang buah lebat 2)yang buah xlebat 3)mulberry pakistan. Actually saya nak buat kajian memandangkan ramai masyarakat malaysia yang masih kurang sedar ttg kebaikan mulberry. Pokok ni mempunyai kadar antioxidant (awet muda) yang tinggi, mudah ditanam, daun nya boleh dibuat makanan ternakan, batangnya boleh dibuat kertas dan kraftangan. fatihah@unisza.edu.my

    ReplyDelete
  2. Saya dari Sabah sudah tanam mulberry sejak lewat 90an dan selalu makan buahnya cuma hanya baru baru ini ja tahu tentang kegunaan daunnya.Terimakasi atas info. Kepada yang berminat kami juga sudah memperbanyakkan benih mulberry ini. Boleh hubungi saya di 0128325290.

    Eva,
    Kota Kinabalu Sabah

    ReplyDelete
  3. saya ada tanam pokok ni tapi krg pengetahuan, pokoknya dh tinggi melebehi 10 kaki tp belom berbuah.. dan baru jer tadi minum teh daun malberi yg saya proses sendiri..slps minum, terasa perit tekak saya.apakah betul2 teh daun malberi sesuai di minum ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daunnya(pucuk yang muda) boleh dibuat sayor masak lemak/sebagai campuran dalam masakan ikan masak lemak cili api....sedap dia mengandungi khasiat/nutrien protin sayor

      Delete
    2. Potong pokok tersebut, nanti ianya akan berbuah

      Delete
  4. Alhamdulillah.. byk info yg sy dpt dari entry ni.
    Terimaksih :) Semoga maju jaya!

    ReplyDelete
  5. saya ada tanam pokok nih dalam pasu, baru aku tahu khasiatnya. bini aku suruh buang,dia suruh tanam bunga raya atau bunga kertas, tapi aku sayang, aku tanam bawah pokok pisang. esok aku nak buat operasi buat benih, bila dah bercambah, aku akan buang bunga kertas dan bunga raya tu...dapat info dari agrotek petang tadi, terus aku search dari internet. alhamdulillah dalam internet dah lama benda nih ujud. terima kasih banyak2.

    ReplyDelete
  6. salam...

    terima kasih sudi kongsikan segala maklumt yang padat tentang cara dan penjagaan pokok mulberry ni...

    Boleh jadi panduan saya sebagai pemula

    ReplyDelete
  7. Saya tanam pokok malberi sebagai pokok pagar. Baru tau daun dia boleh buat teh. Macamana nak buat teh malberi.Kena keringkan daunnya dulu ke

    ReplyDelete
  8. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete