Cari maklumat di sini

Google
 

Sunday, December 19, 2010

Malberi Pakistan

Pakistan“ – “Originating in Islamabad, Pakistan, this extremely large ruby-red, maroon colored fruit reaches 2 1/2 to 5 inches long and 3/8 inch in diameter. The berry is firmer than most others with a very sweet and flavorful raspberry like flavor. Amazingly, the fruit juice does not stain, which is good since the Pakistan Mulberry is more than a mouthful. The fruit ripens over a month long period in early summer.”
Nota: Ini adalah malberi Pakistan ,saiz lebih panjang dari mulberry yang tumbuh Di Malaysia

Antara pelanggan yang datang ke My nursery Sg. buloh

En. Rohaizan telah datang ke My Nursery utk melihat sendiri penanaman Pokok malberi.Pokok ni saya dah byk cantas cos utk buat semaian dan jualan. Selain itu, sesiapa yang ada tanam pokok ni dan nak jual keratan boleh call saya 0192272127

Friday, November 26, 2010

Tapak semaian benih pokok Malberi

ada benih yang telah mengeluarkan buah
Dapatkan benih Malberi di Sg. Buloh. Call 0192272127 hisham . harga jualan dari RM6 ke atas.Beli kuantiti banyak boleh runding.

Buah Malberi yang telah masak

Antara buah yang telah masak
Saiz buah sebesar jari telunjuk dewasa Sedapnya .........
Rabbit kesayangan anak saya pun suka makan daun Malberi, kadang2 buah pun dia ngap gak.

Pokok Malberi tengah berbuah ranum

Paling syoknya, tengah dok berkebun, sambil tu 'ngap'

Gambar terkini Kebun Malberi saya

Ada Malberi yang dah masak berwarna hitam
Tarikh 25hb. Oktober 2010 , pokok Malberi tengah berbuah lebat
Pokok ni berumur 1 tahun 5 bulan

Thursday, November 18, 2010

Lama tak posting pasal Tanaman Mulberry

Salam semua, maaf lama tak posting coz saya byk atau selalu posting kat my famous web iaitu integratedfarm.blogspot.com . di web tersebut byk info berkaitan ternakan, perikanan dan pertanian cuma web mulberry ni saya hanya fokus kepada tanaman malberi sahaja. saya akan cuba masukkan gambar2 terbaru pasal mulberry ni. Sekarang pkok saya yang berumur 1 tahun setengah telah berbuah lagi byk sgt tak ingat berapa kali, tapi yang ini paling berbuah lebat coz cabang dah makin byk dan buah sebesar ibu jari .Alhamdulillah, permintaan tanaman malberi ni makin meningkat sejak akhir2 ini. Ok setakat ini dulu bersambung lagi....

Thursday, October 14, 2010

Dapatkan Benih Malberi Hari ini

Pokok Malberi ini elok ditanam di halaman rumah sebagai hiasan yang menarik. Jika ditrim elok dan kemas, ia akan mengindahkan suasana halaman rumah dengan warna hijau (daun) dan merah kehitaman (buah). Disamping tersebut , buahnya boleh dimakan, dibuat jem atau jus manakala daunnya boleh dibuat teh yang bagus dari segi khasiatnya.Dapatkan segera di Sg. Buloh ; hisham 0192272127

Wednesday, July 21, 2010

Rahsia dan Khasiat Pokok Malberi

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan penternak sekalian berkaitan dengan pokok Malberi atau dalam B.Inggeris Mulberry atau saintifik Morus Alba. Dahulu pokok ini di bawa ke Malaysia untuk projek Ulat Sutera Di Terengganu. Pokok Malberi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiatnya tersendiri bukan sahaja untuk ternakan tetapi juga untuk manusia. Tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional negeri Cina sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini boleh dimanfaatkan.Buahnya ynag masak dibuat jem atau dimakan mentah, daunnya dijadikan teh, batang serta akar dijadikan rebusan untuk diminum.Khasiatnya yang paling popular dalam formulasi tradisional ialah mengelakkan kencing manis, mengurangkan tekanan darah tinggi serta mengunragkan kolesterol dalam darah. Apa yang ingin saya nyatakan di sini bahawa kandungan protein yang ada pada daun mulberi ini amat tinggi iaitu 21.2% dan boleh diberikan kepada semua jenis ternakan seperti Lembu, Kambing, Rusa, Arnab dll. Saya amat mencadangkan agar penternak sekalian menanam pokok ini bagi memperbanyakkan sumber hijau yang amat perlu ke atas haiwan ternakan kita di samping dengan pelbagai jenis rumput napier lain seperti India,Taiwan dll. Dengan ini ternakan tersebut mempunyai kepelbagaian sumber hijau yang ada dan seterusnya dapat mengurangkan penggunaan pelet dan seterusnya mengurangkan lagi kos operasi kita seharian. Cara penanamannya pun amat mudah dimana just potong keratan batang yang telah tua (berwarna coklat) lebih kurang 5-6 inci (pastikan mata tunas tidak rosak) kemudian tusukkan serong (tegak pun boleh,ikut suka) ke dalam tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (boleh juga gunakan penggalak akar jika ada duit lebih). Kemudian pastikan pada peringkat permulaan perlu disiram atau mesti kena air sentiasa bagi mempercepatkan proses percambahan/pembentukan tunas (mengambil masa 3-5 hari untuk bercambah bergantung penjagaan). Dah besar tak perlu siram lagi cukup air hujan je.Boleh juga guna apa-apa baja organik yang murah2 . Gambar di bawah Anak pokok Malberi dalam polibag lebih kurang 2-4 minggu seperti : Pokok Ini mulai berbuah dalam umur 3-4 minggu syarat mesti trim daunnya. Gambar di bawah ni pokok dah berusia 1 tahun dan telah berbuah lebat, tingginya sekarang telah mencecah lebih kurang rumah satu tingkat.
Tips : Kalau ingin berbuah cepat dan lebat pastikan daun mesti di trim selalu dan baja yang cukup (macam pokok anggurlah) so daun yang kita buang tu bagilah kat ternakan kita, jangan buang macam tu je..rugi ooo.
Kalau nak datang tengok pokok yang besar ni bolehlah datang ke lokasi di Sg. Buloh ye atau call je 0192272127.
Konsep yang saya perkenalkan sekarang: '1 Malberi 1 Rumah' Boleh ditanam dalam pasu, penat2 boleh makan.

Tuesday, July 6, 2010

Kursus Tanaman Malberi

Kursus Tanaman Malberi Tarikh: Setiap sabtu Masa : 8.30pg - 12.00tgh Tempat: Tapak Nursery KgMelayu Kundang Yuran : rm80 Latihan praktikal 100% .hasil yang dibuat boleh bawa balik Bilangan peserta mak. 8 orang Berminat call 0192272127 Tanaman Malberi berpotensi masa depan

Thursday, March 4, 2010

Jualan Anak Pokok Malberi

Kita sedang menggalakkan orang ramai untuk menanam dan menjadikan pokok Malberi sebagai satu pokok hiasan di laman rumah masing-masing.Konsep yang kami perkenalkan ialah
SATU RUMAH, SATU MALBERI
Setiap rumah perlu menanam pokok Malberi sama ada di halaman rumah, dalam pasu atau sebagainya sebagai satu pokok hiasan yang tidak merugikan kerana sambil kita menanam dan membersihkan halaman kita dapat merasakan keenakan buah malberi tersebut. Untuk berbuah dengan banyak , pastikan pucuknya hendaklah sentiasa dipotong (trim) bagi penghasilan buah dan baja yang mencukupi. Buahnya manis apabila bertukar dari merah kepada warna hitam. Dapatkan anak pokok tersebut dari kami di talian 0192272127 atau tapak nursery di Sg. Buloh. Disebabkan permintaan diluar jangkaan,promosi benih pokok ini dilanjutkan kepada 1 April 2010 dengan harga RM5/pokok.