Cari maklumat di sini

Google
 

Monday, June 9, 2014

Cara buat Semburan Makhluk Perosak sendiri di rumah

Apabila pokok diserang makhluk perosak, lazimnya ia boleh dikutip dan musnahkan. Namun begitu, jika makhluk perosak bersaiz kecil, misalnya bena (aphid), whitefly dan mealy bug, tugas menghaspuskan makhluk perosak bukannya mudah. Ini kerana ia sukar dikutip kesemuanya. Kalau berjaya dikutip pun, makhluk tersebut akan kembali. Apa lagi kalau bena, semut-semut yang menghuni sekitar halaman akan "menternak" makhluk tersebut untuk mendapatkan cecair, seakan-akan sama dengan manusia menternak lembu untuk mendapatkan susunya.

Kadang-kadang terfikir juga untuk gunakan semburan racun. Tapi kalau gunakan racun, tiada lagi keistimewaan menanam sendiri. Elok beli sayur kat pasar aja. Maksud saya, penggunaan racun sebaik-baiknya dihindarkan kecuali apabila semua ikhtiar gagal. Saya telah mencuba beberapa ramuan untuk semburan bena, whiteflydan mealy bug. Berikut adalah ramuan yang paling berjaya dan mudah disediakan. Ramuan ini juga tidak merosakkan pokok.

Campurkan 1/2 sudu teh cecair pencuci pinggan, 1/4 sudu teh minyak masak dan 1 liter air. Masukkan cecair tersebut ke dalam penyembur dan sempur terus ke atas makhluk perosak.


Semburan makhluk perosak yang dibuat sendiri selamat digunakan.

--------------------------------
Organic Pesticide

Works on small pests such as whitefly, whitefly larva, aphids, mealy bug, leaf borer and flea beetle.

Mix 1/2 tsp dishwashing liquid, 1/4 tsp cooking oil, and 1 liter water. Spray directly on pests.

Sumber: tanamsendiri.com

Khasiat buah Mulberry ialah :

1. Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.


2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.



3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.



4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.



5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.



6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.



7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.



8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .



9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.



10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.



11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.



12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.



13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.



14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.



15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.



Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Daun Mulberry Dan Sup Ayam

Dua hari lepas, saya kerat pokok mulberry untuk dapatkan keratan kerana ada pesanan keratan untuk disemai. Daun dikumpul untuk dikompos. Sambil leka menyiat daun ada kenalan menyapa,
"Lu mau buat apa itu daun arr? Tadi gua tengok dalam kampung ada nyonya jemur itu daun. Buat ubat mata. Lu mau buat ubat kah?"
Oh tidak, saya mau ambil ranting, ada orang mahu."
Buat ubat mata? Saya pernah lihat di Terengganu ketika zaman persekolahan dulu, daun ni dituai untuk diberi makan ulat sutera. Yang pasti, pokok ini cepat tumbuh, dan daunnya berkhasiat. Kalau tidak masakan sejak dulu lagi daun mulberry dijadikan makanan ulat sutera.
Masa masih ada terluang, jadi saya berkunjung ke kedai sahabat saya yang ada tanam pokok mulberry. Orang keturunan cina yang tanam pokok ini pasti tahu kelebihannya. Fikir saya.

Dia jelaskan pokok ini, daunnya dibuat teh dan dibuat sayur. Katanya manis seperti pandan. Dia buat sup ayam. Bila saya tanya pembantunya, dia sahkan... "Enak buat bakso!"
Orang Indonesia yang merantau, jika tanya sayur buat apa, kebanyakannya akan bagi jawapan yang sama...Buat bakso. :)

Bila pulang ke rumah, saya terfikir. Mengapa tidak... manalah tahu kalau-kalau ia enak dimakan. Tapi ketika kutip daun, rasa macam ulat sutera pulak. Apa tidaknya... makan daun mulberry.
Ketika daunnya dimasak saya perasan ia menjadi lembut dan mempunyai aroma yang menyelerakan. Bila siap dimasak, sup dihidangkan untuk makan malam. Masih panas.
Bila suap aja sayur mulberry. Fuh memang tidak terkata. Ia memang enak. Rugi selama ni tak tuai.



Daun mulberry dijadikan ramuan sup ayam. 
Sumber: tanamsendiri.com